AMALAN ADAT PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT BUGIS: KAJIAN KES .

1y ago
62 Views
2 Downloads
232.79 KB
12 Pages
Last View : 4d ago
Last Download : 4m ago
Upload by : Ronnie Bonney
Transcription

AMALAN ADAT PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT BUGIS: KAJIAN KES DIKAMPUNG PERMATANG DUKU, PONTIAN, JOHORZurina Abdullah1Muhammad Abdul Jalal Abdullah2ABSTRAKKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis danmengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di KampungPermatang Duku, Pontian, Johor. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakankaedah rujukan, temu bual dan soal selidik. Sebanyak 27 set borang soal selidik diedarkan secararawak kepada responden dan tiga lagi data diperolehi daripada temu bual. Sebanyak sepuluh soalanditanya bagi mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis. Enam daripadajawapan memberikan jawapan Tidak Pasti pada jumlah tertinggi. Bagi mengetahui faktor-faktorkurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di kampung ini, sebanyak sepuluhsoalan juga telah dikemukakan. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat Bugis dikampung tersebut mengetahui dan pernah mengamalkan adat perkahwinan tersebut. Namun begitu,adat ini kian dilupakan disebabkan faktor masa, kewangan dan asimilasi budaya. Kesimpulannya,masyarakat Bugis perlulah mengekalkan keunikan budaya ini kerana ia merupakan identiti bagisesebuah kaum.Kata Kunci: adat perkahwinan, faktor, masyarakat Bugis, kualitatif, identiti kaumPENGENALANAdat ditakrifkan sebagai suatu bidang yang luas, meliputi cara hidup dan budaya dalam kegiatansosial, ekonomi, politik dan kepercayaan beragama. Menurut Kamus Dewan Edisi KeempatCetakan Kedua (2010), adat diertikan sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun(sejak dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yangharus dipatuhi), lembaga. Kebanyakan pengkaji terdahulu telah memberikan pengertian adat yangdapat disimpulkan sebagai cara hidup yang menjadi amalan masyarakat. Konsep ini tidak terbataskepada masyarakat Melayu yang beragama Islam sahaja. Menurut Zainal Kling (2004), diIndonesia pengertian adat lebih meluas dan mendalam semenjak zaman pemerintahan Belandayang mengiktiraf adat sebagai bidang perundangan yang sah. Jelas sekali adat yang diterima dandiguna pakai adalah adat yang telah mendapat persetujuan daripada seluruh masyarakat di dalamkomuniti itu.1Pensyarah di Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti IslamAntarabangsa Selangor, sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang BahasaMelayu, UPM, [email protected] Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, UTHM.13

Adat merupakan satu cara hidup (way life) yang sentiasa menjadi pegangan turun-temurunsehingga menjadi hukum yang perlu dipatuhi dan diikuti. Menurut Abdul Samad Ahmad (1990),bahawa kebudayaan mula dikenali oleh masyarakat umum di negara ini kira-kira awal tahun1940an. Sebelum itu perkataan atau istilah yang terpakai dalam percakapan dan tulisan adalah adatdan adat istiadat. Makna adat dalam kehidupan masyarakat sudah semakin khusus terutamanyasehingga yang melibatkan upacara perkahwinan, kelahiran dan istiadat sahaja. Adat tidakmempunyai satu dokumen yang tersusun untuk dipatuhi. Adat resam sebagai adat resammerupakan kelazimannya yang menjadi amalan meluas di kalangan anggota masyarakat danmerangkumi keseluruhan cara hidup bermasyarakat yang mencakupi segala perlakuan upacara jugadikenali sebagai adat istiadat. Adat istiadat adalah lebih formal dari segi penyusunan dan peraturandalam upacara seperti adat perkahwinan.Perkahwinan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sebuah keluarga yangkemudiannya membentuk masyarakat dalam sesebuah kampung, daerah, negeri dan negara.Perkahwinan dalam Bugis disebut sebagai mappabotting bererti “melaksanakan upacaraperkahwinan”. Sementara itu, istilah perkahwinan dalam bahasa Bugis disebut sebagai siala yangbermaksud “saling mengambil satu sama lain”. Menurut Ibrahim (dlm Badruzzaman: 2007), istilahperkahwinan disebut juga sianbbinéng daripada perkataan biné bererti “benih padi”. Dalamtatabahasa Bugis, kata biné jika mendapat awalan “ma” menjadi mabbiné bererti “menanambenih”. Penggunaan kata biné atau mabbiné mempunyai pendekatan bunyi dan makna yang hampirsama dengan bainé (isteri) atau mabbainé (beristeri). Maka dalam konteks ini, siabbinéngbermaksud menanam benih dalam kehidupan rumah tangga. Perkahwinan bukan sahajamenyatukan kedua-dua mempelai dalam hubungan suami dan isteri, tetapi suatu upacara atauamalan yang bertujuan untuk menyatukan kedua-dua keluarga besar atau dalam istilah orang Bugisdikenali sebagai mappasideppé mabélaé, iaitu “mendekatkan yang jauh”. Oleh itu, perkahwinandalam kalangan masyarakat Bugis umumnya berlangsung antara keluarga terdekat, kelompokpatronasi (endogami), iaitu pemilihan jodoh oleh keluarga, terutamanya dalam kalanganmasyarakat biasa kerana mereka sudah saling mengenali dan memahami sebelumnya.Pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Bugis terbahagi kepada tiga tahap, iaitu upacarapra perkahwinan, pesta perkahwinan dan pasca perkahwinan. Pada tahap pra perkahwinan,dilaksanakan beberapa proses, iaitu pemilihan jodoh, penjajakan (mammanu’-manu’), meminang(madduta atau massuro), mengukuhkan kesepakatan (mappasiarekeng), menyebarkan undangan(mappaisseng dan mattampa), mendirikan bangunan (mappatettong sarapo atau baruga), merawatdan memandikan pengantin (mappassau botting dan cemmé passili’), khatam al-quran dan berzanji(mappanré temme), dan mensucikan diri (mappacci atau tudammpeni). Pada tahap pesta atauresepsi perkahwinan pula, dilaksanakan proses menghantar pengantin (mappénre botting),menyambut kedatangan pengantin (madduppa botting), akad nikah, persentuhan pertama(mappasikarawa atau mappasiluka), upacara nasihat perkahwinan dan penjamuan serta kunjunganbalas daripada pihak mempelai (marola atau mapparola). Pada tahap upacara pasca perkahwinanpula, dilaksanakan tiga proses, iaitu melepaskan pakaian pengantin (malluka botting), ziarah kuburdan betemu besan (massita béseng). Perkahwinan adalah sebagai undang-undang atau proses yangdikenali sebagai adat dalam masyarakat Bugis.14

Kini, kebanyakan amalan-amalan adat perkahwinan dalam kalangan masyarakat Bugis sepertipemilihan jodoh dan penjajakan (mammanu’-manu’) kian kurang diamalkan disebabkan peredaranzaman. Generasi Bugis telah mementingkan pendidikan dan kebanyakan dalam kalanganmasyarakat dilihat lebih relevan mengamalkan majlis perkahwinan secara ringkas keranamenjimatkan masa, tenaga, dan kewangan. Berdasarkan pemerhatian dan andaian awal pengkaji,masyarakat moden sekarang kurang mengamalkan amalan-amalan tradisional terutamanyamasyarakat Bugis sendiri. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti amalan adatperkahwinan dalam masyarakat Bugis serta mengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinandalam masyarakat ini di Kampung Permatang Duku.OBJEKTIF KAJIANTerdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini. Kajian yang dibuat adalah berlandaskanobjektif berikut:1. Mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di Kampung PermatangDuku.2. Mengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di KampungPermatang Duku.BATASAN KAJIANDalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kajian ini telahdijalankan di Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian, Johor. Kampung Permatang Duku ialahdi dalam kawasan pentadbiran daerah Pontian dan ditadbir bersama oleh Majlis PerbandaranPontian. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 38 kilometer dari Bandar Pontian dan sekitar47 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Keluasan Kampung Permatang Duku dianggarkan seluas30,000 ekar. Kampung Permatang Duku terbahagi kepada dua bahagian, iaitu KampungPermatang Duku Darat dan Kampung Permatang Duku Laut. Penduduk Kampung PermatangDuku dianggarkan adalah seramai 800 orang.Kawasan kajian ini adalah fokus di kawasan Kampung Permatang Duku yang terdapat didaerah Pontian. Alamat lokasinya ialah Kampung Permatang Duku, Benut, Johor. KawasanKampung Permatang Duku mudah dikunjungi kerana mempunyai rangkaian perhubungan danpengangkutan yang sempurna. Hal ini kerana, Kampung Permatang Duku terletak berhampirandengan jalan raya yang memudahkan penduduk setempat berhubung dengan Bandar Pontian danBandar Batu Pahat.Kampung Permatang Duku berdekatan dengan Pekan Parit Betak dan KampungPermatang Sepam. Antara kemudahan yang terdapat di Kampung Permatang Duku adalah masjid,jalan raya, sekolah, surau, balai raya serta dewan.METODOLOGI KAJIANKaedah persampelan dan pengumpulan data digunakan dalam kajian ini kerana proses untukmendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif kajian yang telahditetapkan. Kajian ini melibatkan responden yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian agar15

persepsi responden adalah tepat terhadap objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Penentuan saizsampel bagi kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak terpilih dalam kalanganmasyarakat Bugis. Berdasarkan kaedah persampelan tersebut, seramai 30 orang responden telahdipilih sebagai sampel kajian, iaitu 3 orang responden ditemu bual dan 27 orang lagi menjawabsoal selidik.a) Temu BualTemu bual telah dilakukan dengan soalan yang disediakan terlebih dahulu agar pengkaji dapatmenyoal responden secara sistematik. Responden yang dipilih untuk sesi temu bual adalahberdasarkan kesudian dan kelapangan mereka. Selain itu, responden yang ditemu bual haruslahberumur 21 tahun dan ke atas supaya maklumat yang diberi mempunyai kesahan dankebolehpercayaan yang tinggi.Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitandengan objektif kajian.Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakamperbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut.b) Soal SelidikUntuk mendapatkan maklumat terperinci, borang soal selidik telah diedarkan secara rawak tepilihkepada responden masyarakat Bugis berdekatan dengan kawasan kajian. Borang soal selidik telahdireka bentuk supaya sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Olehitu, soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik tidak menyimpang jauh daripadasasaran. Ayat yang digunakan adalah ringkas dan pendek agar responden dapat memahami isikandungan yang ditulis dengan mudah. Borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuksoalan tertutup. Rasionalnya adalah untuk mudah dibandingkan serta jawapan mudah diprosesmenerusi sistem pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis.DAPATAN KAJIANPerbincangan dapatan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama akan membincangkanmaklumat peribadi responden. Bahagian kedua akan mengenal pasti amalan adat perkahwinan danbahagian ketiga pula, membincangkan mengenai faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalammasyarakat Bugis di Kampung Permatang Duku.Bagi bahagian pertama akan menganalisis maklumat peribadi responden, iaitu jantina,umur, pendapatan bulanan, dan pekerjaan. Jadual 1.1 menunjukkan analisis kekerapan respondenmengikut jantina.Jadual 1.1: Analisis kekerapan responden mengikut 16Peratus (%)55.644.4100.0

Jadual 1.1 menunjukkan 15 orang responden adalah perempuan dengan nilai peratusan 55.6 peratusmanakala 44.4 peratus lagi responden adalah lelaki dengan jumlah 12 orang. Dapatan analisismenunjukkan perempuan melebihi lelaki sebagai responden kajian ini.Jadual 1.2: Analisis kekerapan responden mengikut umurUmurBawah 20 tahun21-30 tahun31-40 tahun41-50 tahunLebih 60 tahunJumlahKekerapan8783127Peratusan (%)29.625.929.611.13.7100.0Jadual 1.2 menunjukkan sebahagian besar responden terdiri daripada mereka yang berumur bawah20 tahun, iaitu seramai 8 orang (29.6%) diikuti mereka yang berumur di antara 31 hingga 40 tahun,iaitu seramai 8 orang (29.6%). Responden yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun,iaitu seramai7 orang(25.9%). Manakala, mereka yang berumur antara 41 hingga 50 tahun berjumlah 3 orang(11.1%). Responden yang berumur 60 tahun ke atas iaitu seramai 1 orang (3.7%).Jadual 1.3: Analisis kekerapan responden mengikut pendapatan bulananPendapatan Bulanan(RM) RM 1000RM 1000 – RM 2000RM 2000- RM 3000 RM 4000JumlahKekerapan1295127Peratusan (%)44.433.318.53.7100.0Dari aspek tingkat pendapatan pula, didapati seramai 12 orang responden (44.4%) berpendapatankurang daripada RM1000 sebulan, diikuti dengan responden yang berpendapatan antara RM1000hingga RM2000 sebulan, iaitu seramai 9 orang (33.3%) dan seterusnya responden yangberpendapatan antara RM2000 hingga RM3000 sebulan, iaitu mewakili 5 orang responden(18.5%). Manakala, responden yang berpendapatan RM 4000 dan ke atas sebulan berjumlah 1orang (3.7%).Jadual 1.4: Analisis Kekerapan Responden Mengikut PekerjaanPekerjaanKekerapanPeratusan (%)Bekerja sendiri518.5Kakitangan kerajaan518.5Pekerja swasta622.217

adual 1.4 menunjukkan majoriti responden yang dikaji adalah dalam golongan pelajar, iaituseramai 8 orang (29.6%) daripada keseluruhan responden. Pekerja swasta menduduki tangga keduatertinggi iaitu seramai 6 orang responden (22.2%),diikuti responden yang terlibat dengan bekerjasendiri iaitu seramai 5 orang (18.5%).Seterusnya,seramai 5 orang responden (18.5%) adalahkakitangan kerajaan manakala 2 orang responden (7.4%) adalah pesara dan 1 orang responden(3.7%) adalah lain-lain.Jadual 1.5: Analisis mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis diKampung Permatang Duku.Bil.PerkaraSetujuTidak PastiTidakSetuju1.Amalan adat perkahwinan bugis dilaksanakan1098dalam tiga tahap iaitu upacara pra perkahwinan,(37.0%)(33.3%)(29.6%)pesta perkahwinan dan pasca perkahwinan.1.10.60.32.Pemilihan jodoh dan penjajakan (mammanu’manu’) dilakukan pada tahap pertama.3.Adat meminang (madduta atan massuro)danmengukuhkan kesepakatan (mappasiarekeng)dalam masyarakat .7%)0.88(29.6%)0.36(22.2%)0.2Dalam adat ini, amalan menyebarkan undangan(mappaisseng dan mattampa), mendirikanbangunan (mappatettong sarapo atau baruga),merawat dan memandikan pengantin (mappassaubotting dan cemmé passili’) masyarakat Bugisdalam adat perkahwinan.8(29.0%)0.913(48.1%)1.06(22.2%)0.2Pada tahap pertama, khatam al-quran dan berzanji(mappanré temme), dan mensucikan diri(mappacci atau tudammpeni) masyarakat Bugisdalam adat n2.02.02.12.12.1

6.Pada tahap pesta atau resepsi perkahwinan,menghantar pengantin (mappénre botting)dilaksanakan.7.8.9.10.Amalan menyambut kedatangan pengantin(madduppa botting), dan akad nikah semasaresepsi perkahwinan.Semasa resepsi perkahwinan persentuhan pertama(mappasikarawa atau mappasiluka), upacaranasihat perkahwinan dan penjamuan sertakunjungan balas daripada pihak mempelai (marolaatau mapparola) dilaksanakan.Pada tahap upacara pasca perkahwinan, acaramelepaskan pakaian pengantin (malluka botting)dalam masyarkat Bugis.Ziarah kubur dan bertemu besan (massita béseng)semasa upacara pasca perkahwinan dalammasyarakat %)0.413(48.1%)0.5Jadual 1.5 menunjukkan dapatan kajian tentang amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugisdi Kampung Permatang Duku. Kebanyakan responden mengetahui amalan adat perkahwinanBugis dilaksanakan dalam tiga tahap, iaitu upacara pra perkahwinan, pesta perkahwinan dan pascaperkahwinan menunjukkan majoriti responden, iaitu seramai 10 orang dengan kadar peratussebanyak 37.0 peratus Setuju manakala selebihnya, iaitu seramai 9 orang memilih kategori TidakPasti 33.3 peratus, dan selebihnya responden 8 orang menyatakan Tidak Setuju dengan minsebanyak 29.6 peratus. Min untuk pernyataan ini ialah 2.0, iaitu kesemua responden yang dipilihmenyatakan Tidak Pasti dengan pernyataan ini. Menurut sumber daripada Dunia Melayu Se-duniaMelayu Online.com (2015), mappabotting adalah upacara adat perkahwinan orang Bugis diSelawesi Selatan. Secara garis benar, pelaksanaan upacara adat ini dibahagi menjadi tiga tahap,iaitu upacara pra perkahwinan, pesta perkahwinan dan pasca perkahwinan.Seterusnya, pemilihan jodoh dan penjajakan (mammanu’-manu) diamalkan dalam adatperkahwinan masyarakat Bugis. Kesemua responden seramai 10 orang, iaitu dengan kadar peratussebanyak 37.0 peratus menyatakan Tidak Pasti dengan pernyataan ini berbanding denganresponden yang Setuju seramai 9 orang dan Tidak Setuju pula 8 orang dengan min masing-masing33.3 peratus dan 29.6 peratus. Min untuk pernyataan ini ialah 2.0 kerana kesemua respondenmenyatakan Tidak Pasti.Selain itu, berdasarkan pernyataan adat meminang (madduta atan massuro) danmengukuhkan kesepakatan (mappasiarekeng) dalam masyarakat Bugis, hanya 11 orang sahajayang memilih kategori Tidak Pasti dengan kadar peratus 40.7 peratus manakala selebihnya, iaitu192.62.71.91.71.8

10 orang menyatakan Setuju dengan kadar peratus 37.0 peratus dan bakinya responden seramai 6orang menyatakan Tidak Setuju dengan kadar peratus 22.2 peratus. Hal ini membuktikan dengannilai min, iaitu 2.1. Responden juga tidak pasti bahawa dalam adat ini, amalan menyebarkanundangan (mappaisseng dan mattampa), mendirikan bangunan (mappatettong sarapo atau baruga),merawat dan memandikan pengantin (mappassau botting dan cemme passili’) masyarakat Bugisdalam adat perkahwinan seramai 13 orang dengan min 48.1 peratus. Selain itu, responden seramai8 orang dengan kadar peratus sebanyak 29.0 peratus menyatakan Setuju dan seramai 6 orangmemilih Tidak Setuju dengan peratus 22.2 peratus. Min untuk kenyataan ini ialah 2.1, iaitukebanyakan responden menyatakan Tidak Pasti dengan pernyataan ini.Pada tahap pertama, khatam al-quran dan berzanji (mappanré temme), dan mensucikan diri(mappacci atau tudammpeni) masyarakat Bugis dalam adat perkahwinan, iaitu seramai 12 orangresponden dengan kadar peratus sebanyak 44.4 peratus menyatakan Tidak Pasti berbanding denganresponden yang menyatakan Setuju sebanyak 9 orang dan Tidak Setuju sebanyak 6 orang dengankadar peratus masing-masing 33.3 peratus dan 22.2 peratus. Oleh itu, secara amnya respondenmempersepsikan pernyataan ini dengan nilai min 2.1.Dalam analisis dapatan kajian,seramai 14 orang responden bersamaan 51.9 peratusbersetuju bahawa pada tahap pesta atau resepsi perkahwinan, menghantar pengantin (mappénrebotting) dilaksanakan. Selebihnya, responden seramai 13 orang menyatakan Tidak Pasti dengankadar 48.1 peratus. Nilai keseluruhan untuk pernyataan ini ialah 2.6. Seramai 19 orang respondenbersamaan 70.4 peratus juga bersetuju bahawa amalan menyambut kedatangan pengantin(madduppa botting), dan akad nikah semasa resepsi perkahwinan. Bakinya responden menyatakanTidak Pasti dengan bilangan respoenden 8 orang bersamaan 29.6 peratus. Secara amnya, respondenmenyatakan setuju dengan pernyataan ini dengan nilai keseluruhan min 2.7.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa majoriti responden Tidak Pasti mengenaisemasa resepsi perkahwinan persentuhan pertama (mappasikarawa atau mappasiluka), upacaranasihat perkahwinan dan penjamuan serta kunjungan balas daripada pihak mempelai (marola ataumapparola) dilaksanakan, iaitu 13 orang responden bersamaan 48.1peratus manakala 9 orangresponden memilih kategori Tidak Setuju bersamaan 33.3 peratus dan selebihnya, iaitu 5 orangresponden menyatakan Setuju, iaitu bersamaan 18.5 peratus. Min untuk pernyataan ini ialah 1.9dengan kebanyakan responden menyatakan Tidak Pasti dengan pernyataan ini.Kebanyakan responden tidak pasti bahawa pada tahap upacara pasca perkahwinan, acaramelepaskan pakaian pengantin (malluka botting) dalam masyarakat Bugis, iaitu 14 orangresponden bersamaan 51.9 peratus manakala responden yang menyatakan Tidak Setuju seramai 10bersamaan 37.0 peratus dan selebihnya 3 orang responden bersetuju dengan kenyataan ini dengankadar peratus 11.1 peratus. Secara amnya, responden mempersepsikan pernyataan tersebut padatahap yang Tidak Pasti dengan nilai min, iaitu 1.7.Bilangan responden s

2. Mengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di Kampung Permatang Duku. BATASAN KAJIAN Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian, Johor. Kampung Permatang Duku ialah